Saturday, 8 February 2014

TIPS MEMILIH KAIN

Kain pasang jenis polyester 
Kain pasang / kain ela yang di buat daripada bahan ini adalah berserat sintetis. Walaupun harganya lebih ekonomi dan warna-warni serta mempunyai corak yang menarik, bahan ini kurang sesuai dipakai di negara yang beriklim tropika iaitu panas dan lembap sepanjang tahun. Bahan ini tidak menyerap peluh, sehingga menyebabkan badan si pemakai berasa kurang selesa. Kelebihan bahan ini adalah mudah dijaga serta tidak mudah kusut dan ia selalu kelihatan kemas dan rapi. 

Kain pasang jenis kapas 

Kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis ini biasanya selesa dan sejuk dipakai berbanding kain pasang/ kain ela yang dibuat daripada jenis polyester. Dengan harga yang ekonomi, bahan ini mempunyai corak yang paling lengkap dan banyak pilihan berbanding bahan lain dengan kandungan kapas yang tinggi. 

Kain pasang jenis satin 

Bahan bagi kain pasang/ kain ela daripada jenis satin adalah juga 100% kapas, tetapi struktur anyamannya adalah berbeza. Anyaman bagi kain pasang/ kain ela satin adalah saling silang antara 1 benang dengan 4 atau 7 benang yang lain. Semakin banyak benang yang menyilang terhadap benang lain, semakin lambut dan halus, tetapi juga semakin rapuh anyaman terhadap berus sewakt mencuci. 

Ciri-ciri kain satin adalah seperti agak berat, agak berkilat pada permukaannya dan walaupun terasa lebih tebal, tetapi ia lebih lembut. Selain itu, warna juga mempengaruhi tingkat kelembutannya. Bahan yang sebahagian besar berwarna putih terasa lebih lembut daripada bahan yang berwarna-warni.

No comments:

Post a Comment